CIRI – CIRI WAHYU
a.
Wahyu itu dibawa
untuk memberi hidayat dan pertunjuk kepada manusia dalam hidup mereka.
b. Wahyu ialah sesuatu
hakikat yang mutlak, kerana ia dating daripada Allah, ia suci, benar dan
terpelihara.
c. Wahyu dibawa
sebagai penasihat kepada manusia, tetapi kedatangannya bukanlah dengan kehendak
atau permintaan manusia.
d. Wahyu yang
diturunkan juga bukanlah supaya manusia menilai sama ada benar atau salah,
tetapi penurunannya supaya manusia mengikuti dan mematuhi segala perintah
dengan penuh ketaatan.
e. Wahyu disampaikan
kepada manusia melalui perantaraan para nabi dan rasul.
f. Wahyu dapat
menjelaskan dan menghuraikan persoalan yang tidak difikirkan atau tidak dapat
dijelaskan oleh fikiran manusia.
g. Wahyu itu tidak
mungkin dapat diubah dan tidak mungkin dapat dipinda.
h. Wahyu tidak akan
diturunkan lagi selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
CIRI
– CIRI AKAL
a. Akal tidak mampu
membawa kebenaran yang mutlak, iaitu akal tidak dapat menjamin kebahagiaan
hidup yang mutlak kepada manusia, apatah lagi dalam persoalan akidah dan
syarat.
b. Pertimbangan akal
berubah mengikut keadaan, suasana, masa, pengalaman dan seumpamanya.
c. Akal dan fikiran
manusia tentang sesuatu persoalan itu tidak akan berakhir dan tidak ada sudahnya
selagi manusia itu hidup.
Rumusannya, wahyu mempunyai hubungan yang rapat dengan akal, kerana
wahyu menjelaskan apa yang tidak dapat dicapai oleh akal seperti alam ghaib.
Wahyu merupakan nur dan puncak untuk mencapai hakikat kebenaran.
No comments:
Post a Comment