Total Pageviews

Tuesday, 24 April 2012


                                                    Smka (p) al mashoor


                                                 


                          SEJARAH SEKOLAH 

   Sekolah Menengah Agama (P) Al Mashoor mula diasaskan atas kesedaran segolongan bangsa Arab di Pulau Pinang yang bimbang akan anak-anak yang kurang mendapat didikan agama. Pada tahun 1916 bersamaan tahun 1335H, suatu mesyuarat telah diadakan khusus mengenai penubuhan sebuah sekolah agama. Dengan usaha gigih dan semangat kerjasama semua pihak maka tertubuhlah sebuah sekolah agama yang dikenali dengan nama Madrasah Al-Quran di Lebuh Acheen (Masjid Melayu Pulau Pinang) dengan guru pertamanya Al-Syed Abdul Rahman Alhabshee dan guru besar pertamanya Al-Syed Al-Shaikh Al-Hadi. Madrasah ini terus mendapat sokongan yang menggalakkan dan pada tahun 1918 telah berpindah ke kawasan yang lebih besar di Kampung Jawa Lama, dengan nama Madrasah Al Mashoor Al-Islamiah sempena nama Tuan HAbib Al Mashoor, seorang penghulu yang terkenal di Pulau Pinang pada masa itu.
   Pada tahun 1920, Madrasah ini telah berpindah ke Lebuh Tek Soon di mana tapak sekolah adalah kepunyaan tuan Haji Bachik. Pada masa ini perkembangan sekolah berlaku dengan pesat sekali dan yuran sebanyak RM2 dikenakan kepada setiap pelajar. Semasa pemerintahan Jepun, Madrasah Al Mashoor telah ditutup selama 3 tahun 8 bulan dan dibuka kembali pada tahun 1945 setelah setelah British kembali ke Tanah Melayu. Usaha-usaha berterusan dijalankan untuk mendirikan bangunan baru bagi sekolah dan asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan. Pada tahun 1957, sempena kunjungan YTM Tunku Abdul Rahman ke Madrasah Al Mashoor, beliau telah berjanji akan mendirikan bangunan baru bagi kedua-dua buah sekolah .
   Sebuah jawatankuasa binaan telah ditubuhkan dan mereka telah bekerja keras untuk penubuhan sekolah baru. Waris-waris Almarhum Tuan K.M.S Sultan Alaudin mewakafkan sekeping tanah dan rumah di Jalan Lunas bagi tapak sekolah perempuan. Pada tahun 1979 Kementerian Pelajaran telah mengambil alih Madrasah Al Mashoor lelaki dan perempuan dan telah mendirikan sebuah bangunan baru di Jalan Air Itam untuk pelajar lelaki. Selepas tiga tahun kerajaan mengambil alih SMKA (P) Al Mashoor, ada cadangan untuk membina bangunan baru bagi menggantikan bangunan lama yang telah uzur dan tidak dapat menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Sementara menanti bangunan baru siap, pelajar-pelajar telah menumpang di SMKA (L) Al Mashoor dari tahun 1982 hingga tahun 1984. Pada bulan Oktober 1984 para pelajar perempuan mula berpindah ke bangunan baru dan tersergamlah bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (Perempuan) Al Mashoor di Medan Lim Cheng Teik, Pulau Pinang.

LATAR BELAKANG SEKOLAH



Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Almashoor  atau nama ringkasnya SMKA (P) Almashoormerupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Medan Lim Cheng Teik, Jalan Burma.
Pada 2012, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Almashoor memiliki 0 pelajar lelaki dan 515 ( agak-agak ) pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 515 orang ( agak-agak ). Ia mempunyai seramai 48 orang guru.2012

Thursday, 19 April 2012

baby
Hari demi hari umur kita semua kian meningkat dari kanak-kanak ke dewasa dan begitu juga dari remaja ke dewasa sebagainya tapi bagaimana dengan diri kita.Adakah kita semua merasai peningkatan umur kian hari?
Ataupun kita masih berasa kita berada di tahap yang sama tika masa dulu kita berada? Kian hari pelbagai benda berlaku dalam diri kita. Agak rugilah bagi mereka yang hanya terus ke hadapan tanpa melihat di sekeliling kehidupannya.
Dalam Al-Quran Allah berfirma dalam surah Al-Asr 2-3,
Firman Allah SWT  :
"Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"
KEZALIMAN
Kini kita sudah berada pada suku tahun 2012M ataupun 1433.Bagaimana keadaan saudara-saudara yang dekat dengan kita di seluruh pelusuk dengan kita? Adakah mereka seperti keadaan kita sekarang? Saudara kita di Mesir, Lubnan, Yamen, Tunisia, Libya, Afrika, dan khususnya sekarang buat saudara kita di Syria dan Palestin tidak seperti keadaan kita sekarang yang penuh dengan kenikmatan. Mungkin kita kurang sedar tentang keadaan mereka dan bagaimana keadaan mereka sebenar walaupun mereka berada dalam negara sendiri. Contoh pergelutan di antara zionis dan rakyat Palestin yang sudah makan masa puluh tahun diantara mereka. Tapi bagaimana caranya kita mahu menyumbang kekuatan kepada mereka? Adakah dengan menyertai mereka dengan menganggat senjata mahupun dengan hanya kata-kata?
Semua itu atas kemampuan kita hari ini. Dulu kita hanya saksikan dengan perasaan pilu tapi hari ini banyak cara kita dapat sumbangkan untuk mereka. Antara jalan yang mudah kita usahakan :-

1. Memberikan Sokongan
Walaupun hanya dengan membuat status di fb, upload gambar di blog, atau menyertai kempen anti keganasan anjuran NGO-NGO itu sudah memadai untuk kita yang inginkan kedamaian untuk semua.
2. Memboikot
Dalam isu meboikot ini ramai yang mengatakan ianya hanya benda yang sia-sia dan tiada hujung pangkalnya. Tapi apa penting jika kita merasai produk tersebut boleh menyumbangkan sesuatu kepada pihak musuh, lebih baik kita melumpuhkan.Sebagai contoh hari ini jika di sebuah kampung itu merupakan pengeluar utama pisang bagi sebuah bandar yang memerlukan pisang bertandan-tandan dalam sehari, apakah akan berlaku jika orang di bandar berkenaan menukarkan permintaan pisang kepada nanas dari kampung yang lain? Adakah pengeluar pisang itu akan untung atau sebaliknya. Jawapan yang mudah kampung berkenaan akan menukarkan stategi perniagaan demi menjaga perniagaan mereka. Adakah BOIKOT ini memberi kesan. Walaupun kita hanya 1sen ia boleh membawa kepada rugi mahupun untung.
Begitu juga dengan kita hari ini yang penuh dengan pelbagai produk-produk yang asalnya merupakan produk musuh-musuh Islam.Kenapa kita tidak mengambil langkah untuk memboikot mereka. Anda Mampu Merubahnya
Dan banyak lagi perkara yang boleh kita sumbangkang walaupun jarak kita dengan mereka beribu-ribu batu .Hanya sekadar usaha kita yang ringan itulah memberikan kedamaian kepada mereka di sana
~Kami Bersama Kalian Palestin & Syria~

AKHLAK
Dunia yang tiada batasan ini banyak memberikan perubahan kepada perubahan masa kini. Alhamdulillah ramai diantara kita sudah melakukan penghijrahan yang terbaik. Dari dulu tidak bertudung kepada bertudung, dari ber\'couple\' kepada perkahwinan dan sebagainya. Tapi ianya hanya sekelompok sahaja. Masalah moral, penzinaan, anak luar nikah, pembunuhan, ragut, dan banyak lagi yang tak seronok nak di sebutkan banyak berlaku daripada perubahan yang dinyatakan. Anak-anak yang bertudung kini banyaknya hanay bertudung di kepala tapi tidak di lapik dengan keimanan. Diri bertudung, ber t-shirt lengan pendek, berseluar ketat, dan agak terkejut juga apabila tudung hanya di jadikan sebagai fesyen bukan tanda taat kepada Allah. Apabila ianya hanya sekadar fesyen pelbagai benda-benda yang pelik berlaku biar pun mereka bertudung.
Firman Allah :
"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya." (al-A'raf: 26)
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka "
(An-Nur: 31)
Semoga kita diantara yang sentiasa menjaga syariat Allah dan meneruskan ciri-ciri Islamic dalam meneruskan kehidupan.Hari ini semua perkara ini menjadi suatu perkara biasa tidak mustahil satu hari ia hanya tinggal sejarah buat kita sama ada ianya pahit mahupun manis. Sekurangnya kita punyai usaha tersendiri untuk melihat 'mungkar' atau kebatilan itu hapus diubah zaman.
Semoga kehidupan kita hari ini menjadi saham kita di kemudian hari~
( COPY & PASte )...




                'Bestfriend Till Jannah  '
 Tangan mencapai telefon bimbit di atas meja. Tangan dilarikan di skrin. Unlock.
babynew message.
Open. Mata dilarikan membaca isi kandungan pesanan tersebut. Nafas ditarik. Perlahan. Exit.
Air mata jatuh, setitis. Sepertinya hati juga sedang menangis.
Sahabatku, aku juga rindu kamu. Bahkan tersangat rindu. Andai sahaja kau tahu betapa aku rindu waktu kita dahulu. Andai sahaja kau tahu ada sahamnya kamu dalam setiap tadahan tanganku. Andai sahaja dapat aku memberitahumu.
Kau kata, kau malu. Malu dengan diriku waktu ini. Malu dengan penampilanku serupa ini. Malu dengan sifatku sekarang ini. Aku sudah berubah. Malah sudah jauh berubah. Sedangkan kau masih di tempat yang sama setelah sekian lama.
Sahabatku, aku pinta. Jangan malu denganku. Malulah kamu dengan Tuhanku. Kerana aku juga sepertimu. Seorang insan biasa, seorang hamba kepada Tuhannya. Aku ini tiada istimewanya. Aku hina. Banyak dosanya. Tidak terhitung jika mahu dikira setiap satunya.
Aku punya pilihan. Aku pilih jalan ini. Aku pasti. Tidak akan pernah berpatah kembali.
Tahu, kau juga punya pilihan. Pilihan untuk mengubah hidupmu. Kau juga boleh berubah. Seperti aku, seperti dia, seperti yang lainnya. Tiada apa yang mustahil. Cuma yang menentukan perubahan apa yang kau pilih. Jalan apa yang kau pilih untuk ikuti.
Kalau benar kau mahu berubah. Pasti akan ada pintu yang Tuhan buka untuk membantu. Pintu-pintu yang kau sendiri tidak sangka akan bertemu dari tempat yang tidak pernah kau tahu. Aku juga pasti, Tuhan akan menghantar orang-orang yang baik untuk bersamamu. Dalam apa jua keadaan, mereka tetap akan teguh bersamamu. Menghulurkan tangan membantu, mengangkat apabila tersungkur, menyedarkan dari kealpaan indah dunia itu. Mereka yang akan bersamamu. Bersusah payah mempimpinmu untuk berubah.

Sahabat, andai sahaja kau tahu indahnya hidup ketika diri sujud menghadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu indahnya perasaan ketika ditemani dengan redha dan syukurmu terhadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu keindahan sebenar dunia apabila sentiasa ditemani bayangan mati.
Aku pasti.
Bahawa kau tidak akan berlengah lagi. Kau tidak akan berkata sekejap lagi. Kau tidak akan tunggu tibanya nanti.
Aku pasti.
Kau akan bersujud tika ini. Kau akan memohon ampun saat ini. Kau akan redha atas ketentuan hidup yang diberi. Kau tidak akan pernah berniat untuk kembali kepada kehidupan indah lampau yang hanya berdasarkan duniawi.
Itu, aku pasti. Malah tersangat pasti.
Andai sahaja dapat aku terangkan perasaanku ketika ini. Andai sahaja dapat aku berkongsi sedikit rasa hati. Andai sahaja dapat aku beri rasa indah ini. Pasti sudah aku beri. Pasti sudah aku kongsi.
Aku mahu kau rasa perasaan itu. Perasaan indah mencintai Ilahi. Perasaan indah yang langsung tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Perasaan yang langsung tiada tolok bandingnya.
Andai sahaja dapat aku kongsi.
Sahabat, aku mahu kau tahu. Kau sentiasa ada dalam doaku. Aku mahu kau tahu. Yang aku sentiasa mendoakanmu untuk menemukan jalan terindah dalam hidupmu. Aku mahu kau tahu, aku mahu jadi temanmu. Selamanya. Hingga ke syurga.
Kamu janji, tunggu aku ya?
( COPY & PASTE )....


baby

Yang bertudung Bukan Pilihan, Yang Menutup Aurat Jadi Idaman


Bismillahirahmanirahim
" Aku tak nak kahwin dengan perempuan yang bertudung !"
" Haa? Kenapa?"
" Aku nak kahwin dengan wanita yang tutup aurat."
Alhamdulillah. Tersenyum hati mendengar jawapan yang serius itu. Tentunya jejaka tersebut seorang yang sangat menjaga diri dan kehidupannya. Pasti dia bukan calang-calang lelaki. Bayangkanlah, pasangan hidup yang dipilih bukan sekadar bertudung tetapi lengkap menutup aurat. Dalam erti kata lain, dia sedar bahawa urusan perkahwinan bukanlah perkara yang remeh. Hanya insan yang mentaati Allah dan RasulNya sahaja yang terpaut di hati untuk dijadikan permaisuri dalam istana rumah tangga.
Lihatlah di sekeliling kita. Apa yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini? Berapa ramai wanita yang bertudung? Pasti boleh dibilang dengan jari bukan? Tidak ramai. Yang bertudung pula, tidak semua menutup aurat dengan sempurna.
Buktinya? Kita boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri. Mereka bertudung tetapi tidak labuh hingga menutupi dada. Pakaian pula ketat, singkat, tipis, malah ada yang berlengan pendek. Jelasnya, mereka hanya bertudung namun dalam masa yang sama tetap mendedahkan aurat.


Hayati kembali perintah Allah ini;
ا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[33:59] 
Faktor inilah yang menyebabkan lelaki-lelaki yang beriman sangat memilih dalam soal pemilihan calon isteri. Bagi mukmin yang betul-betul hidup kerana Allah, dia pasti akan berfikir lima enam kali sekiranya diminta untuk memilih wanita yang 'bertudung tapi mendedahkan aurat'. Kemungkinan besar, permintaan wanita itu akan ditolak atau tidak dilayan.
Bagaimana pula dengan wanita yang langsung tidak bertudung ? Di mana mereka di hati orang mukmin? Adakah mereka akan menjadi pilihan hati lelaki-lelaki yang bertaqwa? Sudah pasti tidak! Sedangkan yang bertudungpun masih diragukan dan ditolak ke tepi, apatah lagi yang langsung tidak bertudung? Pasti akan dibuang sejauh-jauhnya.
" Cerewet sungguh orang-orang mukmin!"
Ya.. memang cerewet ! hehee..
Pernah membeli makanan di kedai kuih? Mana satu yang menjadi pilihan, kuih yang dibungkus penuh, atau kuih yang dibungkus separuh? Atau yang langsung tidak berbungkus? Saya yakin kita akan memilih yang berbungkus penuh kerana keadaannya dijamin lebih baik dan bersih.
Begitulah juga dengan orang-orang mukmin. Mereka memang sangat memilih dalam hal ini. Bukan apa, kehidupan berumah tangga diwujudkan semata-mata untuk beroleh rahmat daripada Allah agar bahagia di dunia dan di akihirat. Andai tersalah pilih atau memilih mengikut nafsu, maka akan hilanglah bahagia dikemudian hari.
Lagipun Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita semua ;
"Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/ keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung."
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
Rasulullah SAW ketika di tanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita pilihan yang diperlukan oleh suami, Rasulullah menjawab,
" Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh, wanita yang tidak mengkhianatinya (tidak curang), dan wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci."
[Riwayat Abu Daud dan Nasai]
Wanita yang bertudung tetapi masih mendedahkan aurat dikhalayak ramai merupakan wanita yang tidak serius menjalankan ketaatan kepada Allah. Wanita sebegini tidak mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan. Lantas bagaimana hendak dipilih menjadi calon isteri?
Cuba fikirkan sejenak..
Sedangkan perintah Allah SWT sanggup diabaikan inikan pula kita sebagai manusia biasa? Sudah pasti dengan mudah akan diingkari bukan? Pada masa itu, jangan hairan sekiranya kebahagiaan itu beransur-ansur hilang. Semuanya atas pilihan kita juga.

" Tapi jodoh sudah ditentukan! Kalau dia ditakdirkan untuk berkahwin dengan orang yang tidak menutup aurat secara sempurna, apa boleh buat.. memilih-milihpun tiada guna."
Ya.. Jodoh memang sudah ditentukan oleh Allah. Allah sahajalah yang layak menyatukan hati-hati insan kerana hanya Dia yang mengetahui perihal hati. Kita jangan lupa bahawa jodoh atau ketetapan itu dijalankan dengan penuh keadilan oleh Allah SWT. Allah sesekali tidak akan menzalimi hambaNya. Allah tidak akan pernah mengecewakan hambaNya.
Lelaki baik yang beriman pasti akan berkahwin dengan perempuan baik yang beriman. Sebaliknya, lelaki yang tidak beriman akan berkahwin dengan perempuan yang tidak beriman juga. Demikianlah perempuan yang tidak mentaati Allah dengan menjalankan Islam secara sepenuhnya akan berkahwin dengan lelaki yang berperwatakan sepertinya. Itu janji Allah!
الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
[24:26] 
Maka, sebagai wanita..
Periksalah diri anda.. Tutuplah aurat dengan sempurna.
Bersungguh-sungguhlah mentaati Allah dan RasulNya.
Usahlah terlalu sibuk memikirkan siapa yang bakal menjadi pasangan hidup kita,
sehingga lupa untuk sibuk memikirkan siapa diri kita di sisi Allah..
Kerana sikap diri kita hari ini menentukan sikap pasangan kita kemudian hari.
Artikel iluvislam.com ( copy& paste )
=>KAMI CUMA NAK SEBARKAN DAKWAH ISLAM KEPADA UMAT ISLAM YANG ADA DI SELURUH DUNIA INI
     JIKA ADA KESALAHAN SEMASA ARTICLE YANG KAMI SEBARKAN INI HARAP TEGUR KAMI IAITU MELALUI "COMMENT"......TERIMA KASIH :)




Dugaan Remaja

baby
Bismillahirrahmanirrahim. Hidup sebagai remaja yang beragama Islam zaman sekarang ni banyak cabaran dan dugaannya. Hanya remaja yang tabah dan sabar menghadapinya bakal diangkat ke darjat yang lebih tinggi.
Isu aurah dan juga couple.
Isu hangat sepanjang masa.
Apabila masalah ini berlaku, ibu bapa yang menjadi mangsa.
Dikatakan tidak mendidik anak secukupnya.
Tapi sebenarnya,
Persekitaran lah puncanya.
Remaja yang masih dapat menutup aurat sepenuhnya,
Remaja yang masih dapat menjaga pergaulannya,
Remaja yang masih menghormati ibu bapanya,
Remaja yang masih dapat mengawal nafsunya,
Remaja yang masih melakukan suruhan-Nya,
Remaja yang masih meninggalkan larangan-Nya,
Ya Allah, rahmatilah mereka,
Sesungguhnya mereka patut berbangga dengan diri mereka,
Kerana...
Untuk melakukan sedemikian
bukan lagi benda yang senang,
Dengan hasutan dari syaitan via kawan-kawan,
Ya Allah, kuatkanlah iman mereka,
Sesungguhnya mereka telah berjuang habis-habisan melawan musuh-Mu iaitu syaitan yang direjam,
 Andai saja diberikan hajat dan diperkenankannya,

Ya Allah, aku mohon,
kuatkanlah hati para remaja yang masih berjuang untuk menegak agama yang satu,
lapangkanlah dada kami menghadapi segala cabaran dan dugaan-Mu,
tunjukkanlah kami jalan yang lurus supaya kamu tidak terpesong dari aqidah-Mu,
sesungguhnya kami teringin sekali untuk masuk ke Jannah-Mu,
sesungguhnya kami sama sekali tidak ingin untuk ke Jahannam-Mu,
tapi apakan daya,
kebaikan yang dilakukan oleh kami
masih tidak kami ketahui
lebih banyakkah ia daripada kejahatan yang pernah dilakukan,
lebih sikitkah ia daripada kejahatan yang pernah dilakukan,
bimbingkanlah kami sepanjang masa,
setiap waktu,
hanya kepada-Mu kami berserah dan meminta pertolongan wahai Tuhan yang Esa, Ya Allah.

Andai tersalah kata mahupun bahasa, aasif wahai teman. Sesungguhnya semua manusia melakukan kesilapan. Segala yang baik datang dari-Nya dan buruk itu datang dari insan tidak sempurna ini. Assalamualaikum.